FASILITAOR MA'RUF CLUB

Tuesday, January 18, 2011

SIMFONI MAHABBAH (FMC)

Salam teman2 sahabat FMC...
FMC sekali lagi akan mengadakan satu perjumpaan mahabbah khusus untuk ahli2 FMC yang lama sahaja. Penerangannya seperti berikut :

- sabtu - 22/01/11.
- Program akan bermula pada pukul 6.00 - 11.30 malam.
- Yuran akan dikenakan sebanyak RM2 sahaja.
- Bas disediakan bagi pelajar yang menginap di asrama.
- Sijil akan disampaikan pada malam tersebut.
- Tempat = Bilik santapan
- Pakaian = Baju Melayu

Saturday, January 8, 2011

Nobita dan Sizuka...

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Friday, January 7, 2011

Hilangnya Kemanusiaan......

Salam buat teman-teman...
Alhamdulillah bersyukur padamu ya ALLAH, kami masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki diri, selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Kerana keteguhan dan kesabaran serta kebesaran jiwamu ya Rasulullah, dapat kami merasai suatu nikmat yang paling besar dalam dunia ini iaitu Iman dan Islam.

Sahabat Yang Dikasihi Allah Sekalian...
kita patut merasa bertuah kerana dapat menimba ilmu pengetahuan tanpa ada gangguan. Bayangkan sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Iraq, Selatan Thai dan banyak lagi, seringkali ditindas, ditohmah, dianaktirikan hak sebagai warganegara dan banyak lagi penganiayaan yang mereka terpaksa tempuh. Tetapi kita disini hanya melihat sahaja. Adakah ini yang kita namakan sebagai Ukhwah..? Adakah ini yang namakan sebagai Islam..?

Ayuh sahabat!
kita sudah lama leka dalam zon selesa. Persiapkan dirimu dengan sebarang kemungkinan. Tanpa sedar, zon selesa yang kita miliki sekarang ini adalah ujian dari Sang Pencipta, Ya Rabbul Jalil. Kita lihat sekarang ini Malaysia umumnya sudah dilihat tidak selamat lagi.. Kenapa ana berkata begitu? Ye, kalau kita lihat hari ini kematian tiap2 hari berlaku. Buka sajalah siaran berita televisyen sudah pasti ada yang akan mati. Kemalangan, dibunuh, bunuh diri, dadah dll. Yang lebih sadis, tiap2 hari ada saje yang dibunuh. Kenapa..? Apa salah mereka dibunuh..? Persoalan yang biasa kita dengar tetapi agak sukar untuk dijawab. Yang pasti manusia sudah hilang sifat kemanusiaan, nilai sudah terhakis munuju kehancuran. Pepatah ada menyatakan dalam dunia haiwan tidak ada manusia manakala dalam dunia manusia ada HAIWAN! Inilah realiti dan fakta yang patut kita terima. Itu belum masuk bab pembuangan bayi lagi, kalau diikutkan fakta lebih seorang dalam sehari bayi luar nikah lahir. Apa salah mereka? Mereka dibuang begitu sahaja, "hati seorang ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita..!" pernah dengar ayat tersebut..? Sekarang ini ayat tersebut sudah tidak terpakai lagi. Kalau tidak masakan anak2 boleh terbuang dengan begitu banyak sekali. yer.. itulah akibatnya memisahkan agama kehidupan.

Sahabat Yang Dirahmati Allah dikasihi Nabi..
Fakta jelas didepan mata. Ibu sudah hilang nilai keibuan. Masyarakat sudah tidak keruan. Ukhwah sekadar manis dibibir. Negara sudah tidak selamat. Islam hanya tinggal kenangan. Pembudayaan salam sudah tidak diambil berat. Satu persoalan timbul lagi.. "Kenapa ini semua berlaku..?" Yer, Inilah yang dikatakan Nabi, Umat islam akan datang ramai sekali, tetapi ramainya seperti buih dilautan. Tidak ada harga, pergi dibawa ombak, datang dihempas ombak, begitulah silih berganti.


Sahabat Sekalian...
Bersyukur kerana kita masih disini, sudah mengenali islam dan perjuangan. Ayuh kita memperhebatkan ilmu untuk islam. Kita sampaikan dakwah islamiyah. FMC adalah salah satu alternatif bagi kita semua. Ana tidak pandai seperti sahabat, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh sama-sama berkongsi ilmu yang sedikit ini. Kita sampaikan.. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi motivasi kepada diri kita sendiri. Mana tau, dengan sebab kita sampaikan dakwah yang sedikit ini menjadi sebab untuk kita mendapat Mardhatillah..


Sahabat Yang Drahmati Allah dikasihi Nabi Sekalian..
Sebagai khatimahnya, jangan kita mengharapkan syurga jika tidak ada usaha, Jangan rasa mumtaz jika tidak diuji. Ingat, Setiap insan didunia ini adalah khalifah iaitu bertanggungjawab terhadap ape yang berlaku didunia ini. Perkukuhkan diri dengan ilmu kerana kita akan memimpin suatu masa nanti. Setidaknya memimpin keluarga.


Sekian, Wallahua'lam.......









Thursday, January 6, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' WAN KEMARA - 25/09/10


KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2010
Kem bestari solat adalah salah satu program yang kerap dilaksanakan. Akan tetapi pada kali ini ia memberi satu kelainan kerana para fasilitator bukan hanya dari INSANIAH tetapi dari kalangan fasilitator UUM dan KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. Secara tidak langsung penggabungan ini dapat memberi idea-idea yang baru buat FMC. Program ini dikendalikan dibawah anjuran jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam j/QAF. Program pula adalah berkisar tentang aspek pengukuhan solat dikalangan pelajar termasuklah memperkasakan pengambilan wuduk dengan sempurna, rukun-rukun solat dan bacaan dalam solat.
Sebagai pengakhiran, sama-samalah kita memantapkan lagi ilmu solat supaya solat kita lebih berkualiti dan akan diterima oleh ALLAH s.w.t...
Wallahua'alam...

Sekolah Kebangsaan Agama Fauzi (SMAF) - 26/12/10


MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU -SMAF 2010
Baru-baru ini pihak FMC telah dijemput untuk menjadi Fasilitator di Sekolah Agama Fauzi, Yan, Kedah. Ia telah melibatkan 8 orang fasilitator daripada Insaniah iaitu Ustaz Majdi, Razis, Hasif, Muslim dari kalangan muslimin manakala dari kalangan muslimat adalah Ustazah Jannah, Husna, Amal, dan Aini. Disana pihak kami telah dibantu oleh fasilitator PERTINAM, saudara Hazamir dan Firdaus. Program tersebut telah diadakan selama 4 hari yang mana banyak aktiviti yang dilaksanakan seperti slot muhasabah, burung hantu dll. Alhamdulillah, sepanjang berada disana pihak kami telah mendapat kerjasama yang baik daripada guru, fasilitator, dan peserta sendiri.
Last sekali ana ingin menyusun 2 rangkap pantun buat semua yang terlibat disana.
   Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti,
   Kalau ada salah dan silap jgn disimpan dalam hati,

Sekian,
Wallahua'alam....

RUMAH AMAN KG. TELUK TEDURI, BALING - 03/09/10

PROGRAM BAKTI SISWA
Sewaktu menjayakan program pemantapan ukhwah bersama anak-anak yatim. Suka dalam duka... Itulah yang mampu diucapkan apabila bertemu dengan mereka...
semoga adik-adik disana terus tabah menjalani hidup yang mencabar.........
Isya'Allah.......