FASILITAOR MA'RUF CLUB

Thursday, January 6, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' WAN KEMARA - 25/09/10


KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2010
Kem bestari solat adalah salah satu program yang kerap dilaksanakan. Akan tetapi pada kali ini ia memberi satu kelainan kerana para fasilitator bukan hanya dari INSANIAH tetapi dari kalangan fasilitator UUM dan KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. Secara tidak langsung penggabungan ini dapat memberi idea-idea yang baru buat FMC. Program ini dikendalikan dibawah anjuran jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam j/QAF. Program pula adalah berkisar tentang aspek pengukuhan solat dikalangan pelajar termasuklah memperkasakan pengambilan wuduk dengan sempurna, rukun-rukun solat dan bacaan dalam solat.
Sebagai pengakhiran, sama-samalah kita memantapkan lagi ilmu solat supaya solat kita lebih berkualiti dan akan diterima oleh ALLAH s.w.t...
Wallahua'alam...

No comments:

Post a Comment