FASILITAOR MA'RUF CLUB

Friday, January 7, 2011

Hilangnya Kemanusiaan......

Salam buat teman-teman...
Alhamdulillah bersyukur padamu ya ALLAH, kami masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki diri, selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Kerana keteguhan dan kesabaran serta kebesaran jiwamu ya Rasulullah, dapat kami merasai suatu nikmat yang paling besar dalam dunia ini iaitu Iman dan Islam.

Sahabat Yang Dikasihi Allah Sekalian...
kita patut merasa bertuah kerana dapat menimba ilmu pengetahuan tanpa ada gangguan. Bayangkan sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Iraq, Selatan Thai dan banyak lagi, seringkali ditindas, ditohmah, dianaktirikan hak sebagai warganegara dan banyak lagi penganiayaan yang mereka terpaksa tempuh. Tetapi kita disini hanya melihat sahaja. Adakah ini yang kita namakan sebagai Ukhwah..? Adakah ini yang namakan sebagai Islam..?

Ayuh sahabat!
kita sudah lama leka dalam zon selesa. Persiapkan dirimu dengan sebarang kemungkinan. Tanpa sedar, zon selesa yang kita miliki sekarang ini adalah ujian dari Sang Pencipta, Ya Rabbul Jalil. Kita lihat sekarang ini Malaysia umumnya sudah dilihat tidak selamat lagi.. Kenapa ana berkata begitu? Ye, kalau kita lihat hari ini kematian tiap2 hari berlaku. Buka sajalah siaran berita televisyen sudah pasti ada yang akan mati. Kemalangan, dibunuh, bunuh diri, dadah dll. Yang lebih sadis, tiap2 hari ada saje yang dibunuh. Kenapa..? Apa salah mereka dibunuh..? Persoalan yang biasa kita dengar tetapi agak sukar untuk dijawab. Yang pasti manusia sudah hilang sifat kemanusiaan, nilai sudah terhakis munuju kehancuran. Pepatah ada menyatakan dalam dunia haiwan tidak ada manusia manakala dalam dunia manusia ada HAIWAN! Inilah realiti dan fakta yang patut kita terima. Itu belum masuk bab pembuangan bayi lagi, kalau diikutkan fakta lebih seorang dalam sehari bayi luar nikah lahir. Apa salah mereka? Mereka dibuang begitu sahaja, "hati seorang ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita..!" pernah dengar ayat tersebut..? Sekarang ini ayat tersebut sudah tidak terpakai lagi. Kalau tidak masakan anak2 boleh terbuang dengan begitu banyak sekali. yer.. itulah akibatnya memisahkan agama kehidupan.

Sahabat Yang Dirahmati Allah dikasihi Nabi..
Fakta jelas didepan mata. Ibu sudah hilang nilai keibuan. Masyarakat sudah tidak keruan. Ukhwah sekadar manis dibibir. Negara sudah tidak selamat. Islam hanya tinggal kenangan. Pembudayaan salam sudah tidak diambil berat. Satu persoalan timbul lagi.. "Kenapa ini semua berlaku..?" Yer, Inilah yang dikatakan Nabi, Umat islam akan datang ramai sekali, tetapi ramainya seperti buih dilautan. Tidak ada harga, pergi dibawa ombak, datang dihempas ombak, begitulah silih berganti.


Sahabat Sekalian...
Bersyukur kerana kita masih disini, sudah mengenali islam dan perjuangan. Ayuh kita memperhebatkan ilmu untuk islam. Kita sampaikan dakwah islamiyah. FMC adalah salah satu alternatif bagi kita semua. Ana tidak pandai seperti sahabat, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh sama-sama berkongsi ilmu yang sedikit ini. Kita sampaikan.. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi motivasi kepada diri kita sendiri. Mana tau, dengan sebab kita sampaikan dakwah yang sedikit ini menjadi sebab untuk kita mendapat Mardhatillah..


Sahabat Yang Drahmati Allah dikasihi Nabi Sekalian..
Sebagai khatimahnya, jangan kita mengharapkan syurga jika tidak ada usaha, Jangan rasa mumtaz jika tidak diuji. Ingat, Setiap insan didunia ini adalah khalifah iaitu bertanggungjawab terhadap ape yang berlaku didunia ini. Perkukuhkan diri dengan ilmu kerana kita akan memimpin suatu masa nanti. Setidaknya memimpin keluarga.


Sekian, Wallahua'lam.......









No comments:

Post a Comment